Oleh Shaharir Mohamad Zain



 

Logo Persatuan Matematik Malaysia diluluskan oleh Majlisnya pada 7 Julai 1995 dan telah dimasyhurkan di Mesyuarat Agung Tahunannya pada 24 Julai 1995. Sekaligus nama singkatan persatuan ini iaitu PERSAMA mula dipopularkan sesuai dengan penintaannya pada logo tersebut. Sebelum ini, persatuan ini dikenali sebagai MMS yang sesuai dengan nama Persatuan ini dalam perlembagaanya yang asal sejak penubuhannya pada tahun 1970, iaitu Malaysian Mathematical Society. Namun, sejak tahun 1980-an , persatuan ini secara tidak rasminya dikenali sebagai Persatuan Matematik Malaysia dengan singkatannya PMM yang tidak begitu popular berbanding MMS. Nama persatuan ini dengan rasminya sebagai Persatuan Matematik Malaysia telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 12 Januari 1996 dengan ringkasannya PERSAMA.

Logo persatuan ini diilhamkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden persatuan ini (masing-masingnya Prof. Shaharir bin Mohamad dan Prof. Abu Osman bin Md. Tap) pada pertengahan 1995, dan direka-rakamkan oleh Prof. Abdul Razak bin Salleh. Sebelum ini satu pertandingan logo persatuan ini diadakan diseluruh negara tetapi Majlis Persatuan mendapati tiada reka bentuk yang memuaskan diterima sebagai logo persatuan, sungguhpun satu reka bentuk itu telah diberi hadiah penghargaan (sila lihat Warkah berita PERSAMA 1995).

Logo ini berlatarbelakangkan impresi keMelayuan, keYunanian, KeIslaman dan tamadun-tamadun besar yang lain seperti keBabilonian, keCinaan, keIndiaan keMayaan dan lain-lain bergantung pada tanggapan masing-masing. Ini terpancar daripada bentuk keratan rentas rumah Melayu, Kolosium Yunani, pagoda Cina, terendak Cina dan Melayu yang ditintakan oleh grafik berikut:

 


Rajah 1

Rajah 1 di atas mengandungi unsur angka dan abjad tamadun-tamadun besar yang sesetengahnya menjadi darah daging sains matematik hingga sekarang. Pertamanya, grafik dipilih bukan sekadar mewakili terendak yang sering dipakai oleh para petani di Malaysia, atau saji, serkup, tudung, serkap, atau kopiah, tetapi kerana simbol ini juga digunakan oleh hampir semua bangsa di dunia ini sebagai mewakili topi atau serkup kepala (Inggeris: Hat). Tidak hairanlah jika simbol ini diserkupkan di atas sesuatu abjad sebagai mewakili kuantiti yang dicerapkan (cth. pengoperasian Hermitean dalam mekanik kuantum seperti, kuantiti jangkaan dalam statistik seperti, jelmaan Fourierbagi fungsi f (bagi jurutera ini juga kuantiti tercerapkan) dan lain - lain lagi). Bacaan simbol ini dalam bahasa Melayu mungkin belum mantap seperti "f topi", "f terendak" dan sebagainya, walaupun rasanya belum ada yang membacanya sebagai "f kopiah", tetapi penulis sendiri lebih gemar membacanya sebagai "f berterendak" sesuai dengan konsep boleh cerap itu. Selain daripada itu, simbol ini apabila ditulis sebaris dengan perkataan atau huruf lain, dianggap mewakili baji (alat mem(p)asak atau mengetatkan sesuatu struktur bagi menggantikan paku, dalam bahasa Inggerisnya: wedge). Simbol baji ini digunakan sebagai operasi dedua dalam vektor (sama dengan pendaraban vektor), kalkulus pembeza Cartan atau tensor seperti dalam dx ^ dy, mantik (sama dengan kata sendi "dan") dan lain - lain lagi. Simbol baji ini juga menjadi simbol untuk nombor lapan (delapan, dulapan) Arab sekarang (al-Arqam al-Hidayah).

Simbol dianggap segitiga dan simbol abjad Yunani yang terkenal dalam sains matematik, simbol delta besar , yang mewakili berbagai-bagai kuantiti itu seperti beza terhingga, perubahan kecil, Simbol ini juga diandaikan mewakili keratan rentas piramid.

Sebagai segitiga, rajah itu bukan sekadar simbol yang mewakili geometri sebagai komponen matematik tetapi sebagai simbol yang mewakili tabii ilmu ( termasuk sains matematik) mengikut perspektif Islam : hubungan mengufuk, iaitu hubungan manusia dengan manusia (satu bucu segi tiga) , hubungan inter-makhluk dan intra-makhluk (satu bucu lain daripada segi tiga tersebut. sebelah kiri atau kanan titik bucu tadi), hubungan manusia dengan makhluk bukan manusia (garis yang menghubungkan antara dua bucu tadi), dan ubungan setiap makhluk ini dengan Mahapencipta , Allah, (sisi-sisi segi tiga dari bucu - bucu tadi ke bucu ketiga). Lihat rajah 2 di bawah ini.

Rajah 2

Bucu - bucu segitiga ini juga mewakili tiga kumpulan bangsa yang besar di Malaysia, iaitu Bumiputera / Peribumi (Rumpun Melayu), Cina dan India dan interaksi antara mereka diwakili oleh sisi - sisi segi tiga itu (Rajah 3 di bawah)

Rajah 3

Simbol dan penyokong bumbung atau tiang rumah atau penjulang simbol segitiga atau terendak itu pula boleh mewakili abjad Arab lam dan arca cerminnya. Simbol lam selalu dipakai oleh sarjana - sarjana pada Zaman Tamadun Islam dahulu untuk mewakili persamaan. Penonjolan arca cermin simbol ini bertujuan mengiktiraf nilai simetri dan estetika dalam pengaryaan sains matematik sepanjang zaman. Kepentingan semetri dan nilai estetika ini ditintakan lagi dengan menggunakan huruf yunani mu yang muncul di "tebar layar" (penutup sisi bumbung itu) sebagai sisip angin. Abjad mu berganda dipilih kerana abjad - abjad ini sesuai pula bagi mewakili Matematik Malaysia, suatu impian persatuan ini. Simbol pi menjulang mu mu itu dapat mewakili Persatuan Matematik Malaysia. Di samping itu , abjad mu itu sendiri memang banyak digunakan dalam sains matematik bagi mewakili kuantiti yang penting, seperti sukatan (menggantikan m dalam measure, sungguhpun penulis sendiri menggunakan simbul atau s bagi menggantikan s dalam sukatan), mewakili min ( juga menggantikan m dalam mean, atau min), mewakili unit mikro-[mewakili m dalam micro, atau mikro-], pemetaan momentum (jelas juga sempena m dalam momentum) dan banyak lagi.

Selain daripada itu, unsur grafik boleh juga mewakili angka Hindu Purba, iaitu angka lima puluh dan cantuman simbol ini lalu menghasilkan sebagai unsur simetri lagi. Simbol ini juga mewakili nombor dua Arab sekarang (al-Arqam al-hindiyah) yang bergaya dan cantuman arca cerminnya juga menjadi supaya terjadi unsur simetri lagi.

Simbol itu bukan sekadar simbol sempang, palang, garis lurus atau yang setopologi dengan garis lurus, tetapi mewakili minus (kurang, susut, tolak, dan sebagainya atau proses masing-masing: pengurangan, penolakan dan sebagainya). Jika simbol ini ditulis di atas sesuatu simbol lain seperti z berpalang, , maka simbol itu boleh bermakna pelengkap z, bukan z, konjugat z, vektor z, atau lain-lain lagi, bergantung pada konteksnya. Simbol ini juga mewakili angka satu Hindu Brahmin dan China-Jepun, serta angka lima bagi Tamadun Maya di Amerika Selatan.

Simbol Yunani pi juga jelas daripada logo ini. Simbol ini memang terkenal di kalangan pelajar di bangku sekolah lagi , cuma yang mungkin tidak diketahuinya ialah betapa nombor ini bukannya nombor nisbah, sebagai hasil bahagi perimeter bulatan dengan diameternya ( jelaslah pi itu menggantikan adjab p dalam perimeter itu ). Lagi sekali simbol pi ini pun banyak digunakan bagi mewakili kuantiti-kuantiti penting dalam sains matematik seperti unjuran ( daripada p dalam projection, walaupun penulis lebih gemar menggunakan u, daripada unjuran), ketumpatan momentum (daripada m dalam momentum ), hasil darab (daripada p dalam product ), dan banyak lagi. Yang kurang diketahui juga ialah betapa simbol ini mewakili angka sembilan Cina-Jepun dan angka lapan puluh Yunani.

Segala pengisian sains matematik menerusi simbol-simbol pada logo itu dilakukan di dalam atau di bawah bumbung bangunan yang tersebut di atas. Ini bukan sahaja membayangkan warisan ilmu sains matematik kini daripada Tamadun-Tamadun besar dahulu kala termasuk Tamadun Melayu,Yunani, China, India dan Tamadun Islam tetapi perkembangan matematik selanjutnya diharapkan akan berlaku dalam acuan Malaysia yang berteraskan Melayu-Islam sehingga menghasilkan sains matematik Malaysia. Hal ini dipancarkan menerusi simbol yang nampak seperti tengkorak yang dilihat dari sisi kiri. Simbol ini mewakili otak kiri (yang dipercayai mewakili minda dan pemikiran sains matematik ). Sekaligus simbol abjad Arab syinitu ditintakan sebagai mengingatkan budaya mewakili anu dalam penulisan matematik zaman Tamadun Islam itu sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan Tamadun Islam dalam sains matematik.

Angka 1970 (angka Muslim moden, al-Arqam al-Ghubariyah, yang dikenali di Barat sebagai angka Arab atau angka Hindu - Arab) dirakamkan juga dalam bahasa Melayu - Jawa purba (iaitu huruf kawi) : =1, =9 =7 =0. Angka ini mewakili tahun tertubuhnya Persatuan Matematik Malaysia di Universiti Malaya (lihat Warkah Berita Persatuan mulai 1995 untuk mengetahui para Presiden dan Setiausaha Agong persatuan ini sejak penubuhannya.) Sekaligus logo ini merakamkan Tamadun rumpun Melayu yang kaya dengan etnomatematikanya dan etnosains amnya. Huruf itu juga merakamkan betapa eratnya tamadun Rumpun Melayu dengan Tamadun India (hindu) dalam pembentukan sains matematik di Nusantara ini. Sebenarnya kami ingin menintakan angka Melayu zaman Srivijaya (yang menggunakan tiga jenis huruf mengikut zaman perkembangannya, iaitu Rencong, Palwa, atau Arab - Kawi) dan sebelum kemasukan Islam dengan angka al-Arqam al-Hindiyah 1, dan seterusnya itu. tetapi oleh sebab kami belum memperolehinya pada waktu itu, maka angka Melayu - Jawa purba (huruf Kawi) inilah yang diambil untuk sementara.

Simbol bukan sahaja melambangkan unsur simetri dan nilai estetika dalam sains matematik lagi, tetapi mewakili fenonena alam yang dicerapi dan menjadi sumber ilham ahli - ahli matematik membina idea, konsep dan sebagainya samada yang berbentuk terang - benderang (berketentuan), berkebarangkalian (proses stokastik), atau berkemungkinan (fenomena atau kuantiti kabur), ataupun yang kalut. Pada gelombang, gegelombang, atau pola trend itu terdapat trend semacam dua M yang mewakili Matematik Malaysia.

Demikianlah penjelasan kepada logo Persatuan Matematik Malaysia itu. Jika ada lagi tafsiran yang para pembaca tanggapi (positif atau negatif) sila hubungi kami. (Penyunting Warkah Berita atau Penyunting Menemui Matematik ini).