Make your own free website on Tripod.com

 

Pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan 2000

Olimpiad Matematik Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada 13 Mei 2000. Pertandingan ini mengandungi tiga (3) kategori iaitu kategori Bongsu, kategori Muda dan kategori Sulung.

Syarat Penyertaan

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar yang bersekolah di Malaysia dan menuntut dalam tahun  2000 di       tingkatan seperti berikut:
     
      Ting. 1 atau 2 untuk kategori Bongsu
      Ting. 3 atau 4 untuk kategori Muda
      Ting. 5 atau 6 rendah atau yang setara dengannya untuk kategori Sulung
       
  2. Peraduan ini berupa peraduan perseorangan dan peraduan berpasukan.
     
  3. Setiap sekolah boleh menghantar satu atau lebih pasukan. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada empat anggota sahaja. Setiap anggota dalam pasukan adalah juga merupakan calon perseorangan.
     
  4. (a)    Sekolah/Kolej yang sudah menjadi Ahli Institusi PERSAMA boleh memasuki pertandingan ini dengan kadar
            bayaran seperti berikut:
     
        Yuran tahunan (Jun 2000 - Mei 2001)       RM50.00
        Pasukan pertama                                       RM15.00
        Setiap pasukan tambahan                           RM30.00
         
    (b)    Sekolah/Kolej yang bukan Ahli Institusi PERSAMA boleh memohon menjadi Ahli Institusi PERSAMA
            sambil memasuki pertandingan ini dengan kadar bayaran seperti pada para 4(a) di atas.

    (c)    Sekolah/Kolej yang tidak ingin menjadi Ahli Institusi PERSAMA boleh memasuki pertandingan ini dengan
            kadar bayaran:
     

        Setiap pasukan                                           RM65.00
         
  5. (a)    Peraduan ini berupa peperiksaan bertulis dalam BAHASA MALAYSIA selama dua jam.
     
            Peraduan akan diadakan pada:
     
        SABTU    :    13 Mei 2000
        JAM        :    2.30 - 4.30 petang
         
    (b)    Format soalan Olimpiad ini ialah seperti berikut:

            Bahagian A:Terdiri dari 3 soalan
            Bahagian B:Terdiri dari 2 soalan
            Kesemua soalan adalah soalan subjektif dan soalan akan disediakan di dalam satu set kertas soalan.
     

  6. Peraduan ini akan diadili oleh satu jawatankuasa persatuan dan keputusannya adalah muktamad.Sebarang aduan tidak akan dilayani.
     
  7. Hadiah-hadiah akan dianugerahkan kepada pemenang berpasukan dan perseorangan.Pemenang perseorangan terbaik dan pasukan terbaik masing-masing akan mendapat Piala Pusingan (Piala Pusingan akan boleh disimpan hingga pertandingan berikutnya). 3 peserta dan 3 kumpulan terbaik akan menerima wang tunai dan sijil merit. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

Hadiah

Bongsu/Muda/Sulung

Perseorangan terbaik

Piala pusingan + wang tunai RM500

Perseorangan kedua terbaik

Wang tunai RM400

Perseorangan ketiga terbaik

Wang tunai RM300

Kumpulan terbaik

Piala pusingan + wang tunai RM800

Kumpulan kedua terbaik

Wang tunai RM600

Kumpulan ketiga terbaik

Wang tunai RM400


 
Selain dari itu beberapa hadiah saguhati dan sejumlah sijil sanjungan kehormat juga akan diberikan.

    8.    Pusat-pusat pertandingan akan ditubuhkan di seluruh Malaysia dan akan diumumkan kemudian.

    9.    Semua perbelanjaan untuk mengikutiperaduan ini adalah tanggungjawab peserta/sekolah/kolej.

    10.  Tarikh tutup bagi penerimaan borang-borang penyertaan ialah pada 31 Mac 2000.
 

 
    Maklumat lanjut boleh didapati daripada:

                        Penyelaras Pertandingan Matematik(Dr. Arsmah Ibrahim)
                        Jabatan Matematik
                        Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif
                        Universiti Teknologi MARA
                        40450 Shah Alam
                        Selangor

                        Tel        :      03-555-5357 (Dr Arsmah)
                                            03-555-5377 (Puan Maheran)
                                            03-555-5398 (Puan Masita)
                                            03-555-5481 (Cik Fatimah)
                                            03-555-5358 (Puan Wan Eny Zarina)
                        Faks      :     03-542-6546
                        Mel-e     :    arsmah@tmsk.itm.edu.my