LAPORAN PERSAMA JUN 1996-JUN 97
(Mengikut Perkembangan)
1. Barisan Ahli Majlis PERSAMA
Presiden
Naib Presiden Setiausaha Kehormat Penolong Setiausaha Kerhormat Bendahari Kehormat Ahli Jawatankuasa
|
Shaharir Bin Mohamad
Zain Abu Osman Bin Md. Tap Mohd. Salmi Bin Md. Nooraini Daud Bin Yahya Bachok Bin Taib Abdul Rahni Bin Mat Mohd Atan
|
2. Keahlian
Status
Keahlian |
1995/96 |
1996/97 |
Ahli Semur Hidup |
86 |
19 |
Ahli Biasa |
331 |
72 |
Ahli Pelajar |
10 |
5 |
Ahli Institusi |
380 |
21 |
Sehubungan dengan ini , mulai pertengahan tahun 1997, PERSAMA mengedarkan borang-borang pencalonan kepada semua ahli untuk mendapatkan nama-nama yang layak diberi gelaran felo PERSAMA . Salah satu kriterium yang diguna pakai dalam pemilihan ini ialah seseorang yang dicalonkan itu hendaklah banyak menyumbang kepada pengembangan matematik di semua peringkat di tanah air. Mengikut perlembagaan PERSAMA, penama-penama yang dipilih dibolehkan menggunakan singkatan F.PERSAMA dihujung nama masing-masing.
Mulai tahun 1997 juga , PERSAMA dijangka dapat menyediakan kad keahlian serta sijil keahlian kepada setiap ahlinya.
3. Mesyuarat Majlis PERSAMA
Sejak 1 OGOS 1996 hingga 14 OGOS 1997 , sebanyak 5 mesyuarat majlis telah diadakan . Antara keputusan mesyuarat ini ialah :
a) Pemberian kad dan sijil keahlian.
b) Perubahan format Buletin dan Menemui Matematik.
c) Penerbitan siri buku siswazah dan para penyuntingnya.
d) Hubungan yang lebih erat dengan persatuan-persatuan
matematik serantau menerusi keanggotaan salingan,
pertukaranpenerbitan , penerbitan
bersama , seminar bersama , sidanag penyunting jurnal salingan dan lain-lain
lagi.
e) Perlantikan panel hakim Hadiah Sime Darby-PERSAMA.
f) Penubuhan pasukan nara sumber Matemadesa yang lebih mantap.
g) Perlantikan pegawai kerja PERSAMA yang tetap yang bergaji
bulanan.
h) Memindah harta PERSAMA ( stok penerbitan yang lepas dan
jurnal-jurnal pertukaran ) yang berada di UM ke UKM
kerana tekanan daripada pihak Jabatan
Matematik UM.
4. Penerbitan PERSAMA
a) Buletin PERSAMA ( Bull Of The Malaysian Mathematical
Society ) . Setakat ini isu Jilid 19 No. 1dan NO. 2 telah
diterbitkan. Penerbitan ini telah
diusahakan oleh:
Ketua
Penyunting :
Ong Seng Huat
Penolong
Penyunting : Bernadine Wong
: Suzeini Abdul Halim
Penyunting
Sekutu : Abdul Razak Bin
Salleh
Kamel Ariffin Mohd . Atan
Rosihan Mohd. Ali
Jumlah bilangan langganan bagi penerbitan ini ialah 30.
b) Menemui Matematik. Isu Jilid 18 No. 1 dan No. 2 telah pun muncul.
Pasukan editor penerbitan ini terdiri daripada.
Ketua Editor
: Abu Osman Md. Tap
Editor
: Jamaludin Md. Ali
Ng Boon Yian
Peng Yee Hock
Mohd . Rashidi Md. Razali
Jumlah bilangan langganan bagi penerbitan ini ialah 26.
c) Warkah Berita : Isu Bil. 2/1996 ( Ogos - Disember 1996 ) dan Bil 1/1997 (
Januari - Jun 1997 ).
Ketua Penyunting Bil. 2/96 ialah : Abdul
Rahni Mat Piah
Ketua Penyunting Bil. 1/97 ialah : Abdul
Razak Salleh
d) Kad ucapan Hari Raya dan 1 Muharam.
5. Persidangan / Bengkel / Seminar
Dalam tempoh di atas, PERSAMA telah mengajur beberapa persidangan secara kerjasama dengan badan-badan tertentu:
a) Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-7 di ITM, 3 - 5 Disember 1996 (Kerjasama
dengan ITM ).
b) Seminar Antarabangsa Fizik Kuantam Masa Kini , Julai 1997 ( kerjasama dengan
IFM dan UKM )
c) Persidanagan ATCM pada Julai 1997 ( kerjasama dengan USM )
d) Bengkel Teori Stokastik pada 14 Ogos 1997
6. Olimpiad dan Pertandingan Matematik Kebangsaan
Kedua-dua peraduan di atas akan diadakan pada 16 OGOS 1997 . Terdapat sedikit perubahan dari segi bentuk soalan bagi peringkat Olimpiad. Kalau dalam peraduan yang lepas , para pelajar dikehendaki menjawab 20 soalan objektif dan dua soalan subjektif , tetapi mulai pada tahun ini bilangan soalan objektif ialah 15 dan subjektif 3 . Perubahan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada bentuk-bentuk soalan yang serasi dengan soalan-soalan dalam pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa yang Malaysia buat kali ketiga , telah menghantar pesertanya.
Sehubungan dengan ini, Olimpiad Antarabangsa yang ke-38 telah diadakan pada 25 Julai 1997 di Argentina. Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, seramai 6 orang peserta terdiri daripada para pelajar sekolah dan matrikulasi telah dilatih dan dihantar oleh kementerian untuk mengikuti pertandingan ini. Dan sekali pasukan Malaysia ini telah dilatih oleh ahli-ahli PERSAMA yang diketuai oleh Prof . Abu Osman. Salah seorang perserta negara telah mendapat "sanjungan kehormat " dalam pertandingan ini.
7. Matemadesa
Sukacita dimaklumkan yang PERSAMA telah mendapat peruntukan bernilai RM 1 juta dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk suatu program yang menfokuskan kepada penglatihan guru matematik sekolah seluruh negara. Program ini dijangka bermula bulan September 1997 untuk tempoh satu tahun. Memandangkan program ini suatu projek besar dan yang memerlukan keterlibatan ramai ahli-ahli PERSAMA maka ahli-ahli PERSAMA diminta bersiap-sedia mulai sekarang untuk sama-sama menjayakannya. Sebuah bengkel persediaan nara sumber PERSAMA untuk projek ini akan diadakan dalam bulan September ini.
8. Penerimaan Jurnal secara pertukaran
PERSAMA menerima sejumlah 69 buah jurnal dan sebagainya dalam tempoh di atas hasil pertukaran antara PERSAMA dengan persatuan-persatuan matematik luar negara
9. Anugerah Tahunan PERSAMA
Sukacita dimaklumkan yang Sime Darby bersetuju menjadi penaja bagi acara ini . Malah sumbangan sebanyak RM 30,000 telah diperuntukan oleh pihak Sime Darby kepada PERSAMA pada tahun 1997 untuk menjayakan acara yang antara lain membabitkan penganugerahan PERSAMA mengikut perkara-perkara berikut :
a) Anugerah pelajar terbaik dalam subjek Metamatik Tambahan bagi pelajar
peringkat SPM 1996.
b) Anugerah buku terbaik dalam bidang sains matematik peringkat pengajian tinggi
( karya asli dan terjemahan )
c) Anugerah peljar terbaik dalam bidang sains matematik di peringkat sarjana
muda 1996 .
Barisan ahli panel Anugerah Buku Sime-Darby-PERSAMA di bawah naungan Menteri Pendidikan telah dilantik. Mereka ialah:
Prof Dato'
Dr. Osman Bakar - Pengerusi
Prof Hassan
Said
Prof Mohammed
Sulaiman
Prof Kamel
Arifin
Prof. Dato'
Nik Safiah Karim
Hebahan untuk pertandingan ini telah disiarkan dalam media massa dan tarikh tutupnya 31 OGOS 1997
10. Kerjasama dengan persatuan matematik luar negara
Setakat ini Persatuan Matematik Uzbekistan, Persatuan Matematik Brunei dan
Himpunan Nasional Matematik Indonesia berminat untuk menjalinkan satu bentuk
kerjasam dengan PERSAMA. Bentuk kerjasama yang sebenar masih belum dapat
direalisasikan kecuali dengan Himpunan Nasional Matematik Indonesia. Himpunan
ini telah bersetuju menamakan dua orang sarjananya menjadi penyunting Buletin,
menukar jurnal dan mengatur keanggotaan salingan.