Penerbitan
Pertandingan dan Olimpiad
Lain-Lain
Syor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Penerbitan

A. Penerbitan berkala persatuan ini ialah yang berikut:

1. Bulletin Of The Malaysian Mathematical Society.
    Sejak 1997, buletin ini diberi judul baru, " Buletin Persatuan Matematik Malaysia ( Bulletin Of The Malaysian Mathematical
    Society ) dan memuatkan juga makalah dalam bahasa Melayu.

2. Warkah Berita yang diterbitkan dua kali setahun.

3. Menemui Matematik yang diterbitkan dua kali setahun.
    Buletin Persatuan Matematik Malaysia diterbitkan dua kali setahun sejak 1997. Isi kandungan buletin ini antara lain
    mengandungi:
        a. Makalah asli penyelidikan.
        b. Kertas ulasan kependedahan.
        c. Abstrak tesis di dalam semua bidang sains matematik.
        d. Sorotan buku ( mulai 1997 ).
        e. Warkah Berita yang diterbitkan dua kali setahun.
        f. Menemui Matematik yang diterbitkan dua kali setahun.

B. Penerbitan tidak berkala persatuan ialah:
1. Siapa Sianu Ahli Sains Matematik Malaysia 1996 (Suntingan Ke-2)
2. Soalan dan Penyelesaian Peraduan Matematik Kebangsaan 1986 - 1995
3. Peraduan Matematik Kebangsaan 1973 - 1985 soalan-soalan dan Penyelesaian
4. Olimpiad Matematik Malaysia ( 1975 - 1985 )
5. Olimpiad Matematik Malaysia ( 1986 - 1992 )

****

Menemui Matematik pula diterbitkan sebanyak dua kali setahun dengan bermatlamat untuk menyebarkan idea-idea matematik kepada orang ramai, terutamanya kepada guru-guru, para pelajar, kolej-kolej, institusi-institusi, universiti-universiti serta ahli-ahli profesional yang berminat di dalam bidang matematik. Ia mengandungi lima bahagian iaitu:
 

    1. Makalah pendedahan tentang sejarah, perkembangan terkini dan kepenggunaan sains matematik.
    2. Matematik rekreasi.
    3. Pendidikan sains matematik
    4. Masalah dan penyelesaian (menerbitkan masalah menarik dan penyelesaian terbaik daripada pembaca).
    5. Ruangan pembaca (untuk melayani soalan - soalan pembaca)

Harga langganan bagi setiap keluaran buletin ini ialah US$50.00 bagi institusi, dan US$20.00 bagi individu. Harga langganan "Menemui Matematik" ialah US$20.00 bagi bagi setiap keluaran. Penduduk Malaysia dan negara-negara ketiga boleh melanggan dengan kadar yang lebih murah.
 
 


 

Pertandingan dan Olimpiad

Untuk menanamkan minat para pelajar terhadap matematik, persatuan ini menganjurkan Pertandingan Matematik Kebangsaan untuk pelajar-pelajar tingkatan enam pada setiap tahun semenjak tahun 1972/73 lagi. hadiah-hadiah perseorangan dan pasukan disediakan. Piala pusingan dihadiahkan kepada pasukan terbaik.

Persatuan ini juga menganjurkan Olimpiad Matematik Malaysia pada setiap tahun bermula pada tahun 1974/75 bagi pelajar-pelajar tingkatan lima atau setara. Di samping menyediakan hadiah-hadiah perseorangan dan pasukan, piala pusingan juga dihadiahkan kepada pasukan terbaik. Mulai 1995 Persatuan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia ikut serta dalam " International Mathematical Olympiad ".

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Lain-lain

Persatuan Matematik Malaysia juga menganjurkan Simposium Sains Matematik Kebangsaan sejak 1982 yang bertujuan untuk membina dan menggalakkan kerjasama di antara ahli-ahlinya. Simposium ini diadakan sekali pada setiap dua tahun:

Persatuan ini seringkali juga dijemput untuk menyampaikan kursus-kursus jangka pendek tentang matematik moden dan topik-topik lain kepada guru-guru sekolah serta dijemput untuk menghadiri seminar dan kegiatan lain.

 

 

 

 

 

 

 

Syor

1. Ceramah tokoh-tokoh yang berjaya yang latarbelakangnya dalam sains matematik.

    Catatan: “sains matematik” ialah matematik tulen dan matematik gunaan, termasuklah sains komputer, sains aktuari, sains
    pengurusan/ penyelidikan operasi, matematik kejuruteraan, matematik fizik, dan sebagainya, ekonomi matematik, fizik
    matematik, biologoi matematik atau biomatematik dan biostatik, dan sebagainya, ekonometri, biometri, sosiometri dan
    sebagainya, demografi, epidemiologi dan lain-lain bidang sains teori yang banyak menggunakan model matematik atau
    unsur-unsur matematik.

    Contohnya ceramah dari seorang ahli aktuari dari sebuah syarikat insurans atau takaful; seorang pegawai dari bahagian
    kawalan mutu sebuah syarikat; seorang ahli meteorology; seorang ahli teknologi maklumat di sebuah syarikat; seorang ahli
    statistik dari sesebuah institusi/syarikat.jabatan kerajaan, dan sebagainya.

2. Perbahasan dengan tajuk yang berhubung dengan isu sains matematik seperti “Maju Sains Matematik Majulah Negara”;
    Sains Matematik dalam Acuan Sendiri adalah Syarat perlu bagi Kemajuan Sesebuah Negara Berkenaan”. Matematik tidak
    perlu dalam Bidang bukan Sains.

3. Menyertai pertandingan matematik anjuran Persatuan Matematik Malaysia, dan pertandingan yang diadakan oleh Kelab itu
    sendiri.

4. Mengadakan pertandingan sendiri dalam bentuk soalan yang menggalakkan pembacaan umum matematik ( bukan
    berasaskan silabus matematik sekolah) termasuklah pertandingan karangan dengan tajuk-tajuk yang berhubung dengan
    matematik( sejarah dan kegunaan sains matematik), dengan hadiah tajaan dari tokoh-tokoh tempatan, dan pertandingan
    puisi sains matematik.

5. Mengadakan kem/lawatan di tempat yang menarik sama ada kilang, tempat berkelah, peranginan tersusun dan sebagainya
    sambil mencerapi unsure-unsur sains matematik yang ada di situ secara tabii atau terancang. Ini memerlukan pemudah cara
    yang berpengalaman sama ada dari kalangan guru atau institusi pendidikan lain yang boleh juga didapati dari Persatuan
    Matematik Malaysia.

6. Mengandakan kelas bimbingan atau motivasi.

7. .……
 

Soalan-soalan Peraduan lepas(1996)
Soalan-soalan Peraduan lepas(1998)
Hebahan & Maklumat