Penerbitan
A. Penerbitan berkala persatuan ini ialah yang berikut:
1. Bulletin Of The Malaysian Mathematical Society.
Sejak 1997, buletin ini diberi judul baru, " Buletin
Persatuan Matematik Malaysia ( Bulletin Of The Malaysian Mathematical
Society ) dan memuatkan juga makalah dalam bahasa
Melayu.
2. Warkah Berita yang diterbitkan dua kali setahun.
3. Menemui Matematik yang diterbitkan dua kali setahun.
Buletin Persatuan Matematik Malaysia diterbitkan
dua kali setahun sejak 1997. Isi kandungan buletin ini antara lain
mengandungi:
a. Makalah asli penyelidikan.
b. Kertas ulasan kependedahan.
c. Abstrak tesis di dalam
semua bidang sains matematik.
d. Sorotan buku ( mulai
1997 ).
e. Warkah
Berita yang diterbitkan dua kali setahun.
f. Menemui
Matematik yang diterbitkan dua kali setahun.
B. Penerbitan tidak berkala persatuan ialah:
1. Siapa Sianu Ahli Sains Matematik Malaysia 1996 (Suntingan Ke-2)
2. Soalan dan Penyelesaian Peraduan Matematik Kebangsaan 1986 - 1995
3. Peraduan Matematik Kebangsaan 1973 - 1985 soalan-soalan dan Penyelesaian
4. Olimpiad Matematik Malaysia ( 1975 - 1985 )
5. Olimpiad Matematik Malaysia ( 1986 - 1992 )
****
Menemui Matematik pula diterbitkan sebanyak dua kali
setahun dengan bermatlamat untuk menyebarkan idea-idea matematik kepada
orang ramai, terutamanya kepada guru-guru, para pelajar, kolej-kolej, institusi-institusi,
universiti-universiti serta ahli-ahli profesional yang berminat di dalam
bidang matematik. Ia mengandungi lima bahagian iaitu:
Harga langganan bagi setiap keluaran buletin ini ialah US$50.00 bagi institusi,
dan US$20.00 bagi individu. Harga langganan "Menemui Matematik" ialah US$20.00
bagi bagi setiap keluaran. Penduduk Malaysia dan negara-negara ketiga boleh
melanggan dengan kadar yang lebih murah.
|
Pertandingan dan Olimpiad
Untuk menanamkan minat para pelajar terhadap matematik, persatuan ini menganjurkan Pertandingan Matematik Kebangsaan untuk pelajar-pelajar tingkatan enam pada setiap tahun semenjak tahun 1972/73 lagi. hadiah-hadiah perseorangan dan pasukan disediakan. Piala pusingan dihadiahkan kepada pasukan terbaik.
Persatuan ini juga menganjurkan Olimpiad Matematik Malaysia pada setiap tahun bermula pada tahun 1974/75 bagi pelajar-pelajar tingkatan lima atau setara. Di samping menyediakan hadiah-hadiah perseorangan dan pasukan, piala pusingan juga dihadiahkan kepada pasukan terbaik. Mulai 1995 Persatuan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia ikut serta dalam " International Mathematical Olympiad ".
Lain-lain
Persatuan Matematik Malaysia juga menganjurkan Simposium Sains Matematik Kebangsaan sejak 1982 yang bertujuan untuk membina dan menggalakkan kerjasama di antara ahli-ahlinya. Simposium ini diadakan sekali pada setiap dua tahun:
Syor
1. Ceramah tokoh-tokoh yang berjaya yang latarbelakangnya dalam sains matematik.
Catatan: “sains matematik” ialah matematik tulen
dan matematik gunaan, termasuklah sains komputer, sains aktuari, sains
pengurusan/ penyelidikan operasi, matematik kejuruteraan,
matematik fizik, dan sebagainya, ekonomi matematik, fizik
matematik, biologoi matematik atau biomatematik
dan biostatik, dan sebagainya, ekonometri, biometri, sosiometri dan
sebagainya, demografi, epidemiologi dan lain-lain
bidang sains teori yang banyak menggunakan model matematik atau
unsur-unsur matematik.
Contohnya ceramah dari seorang ahli aktuari dari
sebuah syarikat insurans atau takaful; seorang pegawai dari bahagian
kawalan mutu sebuah syarikat; seorang ahli meteorology;
seorang ahli teknologi maklumat di sebuah syarikat; seorang ahli
statistik dari sesebuah institusi/syarikat.jabatan
kerajaan, dan sebagainya.
2. Perbahasan dengan tajuk yang berhubung dengan isu sains matematik
seperti “Maju Sains Matematik Majulah Negara”;
Sains Matematik dalam Acuan Sendiri adalah Syarat
perlu bagi Kemajuan Sesebuah Negara Berkenaan”. Matematik tidak
perlu dalam Bidang bukan Sains.
3. Menyertai pertandingan matematik anjuran Persatuan Matematik Malaysia,
dan pertandingan yang diadakan oleh Kelab itu
sendiri.
4. Mengadakan pertandingan sendiri dalam bentuk soalan yang menggalakkan
pembacaan umum matematik ( bukan
berasaskan silabus matematik sekolah) termasuklah
pertandingan karangan dengan tajuk-tajuk yang berhubung dengan
matematik( sejarah dan kegunaan sains matematik),
dengan hadiah tajaan dari tokoh-tokoh tempatan, dan pertandingan
puisi sains matematik.
5. Mengadakan kem/lawatan di tempat yang menarik sama ada kilang, tempat
berkelah, peranginan tersusun dan sebagainya
sambil mencerapi unsure-unsur sains matematik yang
ada di situ secara tabii atau terancang. Ini memerlukan pemudah cara
yang berpengalaman sama ada dari kalangan guru atau
institusi pendidikan lain yang boleh juga didapati dari Persatuan
Matematik Malaysia.
6. Mengandakan kelas bimbingan atau motivasi.
7. .……