Oleh Shaharir Mohamad Zain
Logo Persatuan Matematik Malaysia diluluskan oleh Majlisnya pada 7 Julai 1995 dan telah dimasyhurkan di Mesyuarat Agung Tahunannya pada 24 Julai 1995. Sekaligus nama singkatan persatuan ini iaitu PERSAMA mula dipopularkan sesuai dengan penintaannya pada logo tersebut. Sebelum ini, persatuan ini dikenali sebagai MMS yang sesuai dengan nama Persatuan ini dalam perlembagaanya yang asal sejak penubuhannya pada tahun 1970, iaitu Malaysian Mathematical Society. Namun, sejak tahun 1980-an , persatuan ini secara tidak rasminya dikenali sebagai Persatuan Matematik Malaysia dengan singkatannya PMM yang tidak begitu popular berbanding MMS. Nama persatuan ini dengan rasminya sebagai Persatuan Matematik Malaysia telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 12 Januari 1996 dengan ringkasannya PERSAMA.
Logo persatuan ini diilhamkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden persatuan ini (masing-masingnya Prof. Shaharir bin Mohamad dan Prof. Abu Osman bin Md. Tap) pada pertengahan 1995, dan direka-rakamkan oleh Prof. Abdul Razak bin Salleh. Sebelum ini satu pertandingan logo persatuan ini diadakan diseluruh negara tetapi Majlis Persatuan mendapati tiada reka bentuk yang memuaskan diterima sebagai logo persatuan, sungguhpun satu reka bentuk itu telah diberi hadiah penghargaan (sila lihat Warkah berita PERSAMA 1995).
Logo ini berlatarbelakangkan impresi keMelayuan, keYunanian, KeIslaman dan tamadun-tamadun besar yang lain seperti keBabilonian, keCinaan, keIndiaan keMayaan dan lain-lain bergantung pada tanggapan masing-masing. Ini terpancar daripada bentuk keratan rentas rumah Melayu, Kolosium Yunani, pagoda Cina, terendak Cina dan Melayu yang ditintakan oleh grafik berikut:
Rajah 1 di atas mengandungi unsur angka dan abjad tamadun-tamadun besar
yang sesetengahnya menjadi darah daging sains matematik hingga sekarang.
Pertamanya, grafik dipilih
bukan sekadar mewakili terendak yang sering dipakai oleh para petani di
Malaysia, atau saji, serkup, tudung, serkap, atau kopiah, tetapi kerana
simbol ini juga digunakan oleh hampir semua bangsa di dunia ini sebagai
mewakili topi atau serkup kepala (Inggeris: Hat). Tidak hairanlah jika
simbol ini diserkupkan di atas sesuatu abjad sebagai mewakili kuantiti
yang dicerapkan (cth. pengoperasian Hermitean dalam mekanik kuantum seperti
,
kuantiti jangkaan dalam statistik seperti
,
jelmaan Fourier
bagi
fungsi f (bagi jurutera ini juga kuantiti tercerapkan) dan lain
- lain lagi). Bacaan simbol ini dalam bahasa Melayu mungkin belum mantap
seperti "f topi", "f terendak" dan sebagainya, walaupun rasanya
belum ada yang membacanya sebagai "f kopiah", tetapi penulis sendiri
lebih gemar membacanya sebagai "f berterendak" sesuai dengan konsep
boleh cerap itu. Selain daripada itu, simbol ini apabila ditulis sebaris
dengan perkataan atau huruf lain, dianggap mewakili baji (alat mem(p)asak
atau mengetatkan sesuatu struktur bagi menggantikan paku, dalam bahasa
Inggerisnya: wedge). Simbol baji ini digunakan sebagai operasi dedua
dalam vektor (sama dengan pendaraban vektor), kalkulus pembeza Cartan atau
tensor seperti dalam dx ^ dy, mantik (sama dengan kata sendi "dan") dan
lain - lain lagi. Simbol baji ini juga menjadi simbol untuk nombor lapan
(delapan, dulapan) Arab sekarang (al-Arqam al-Hidayah).
Simbol dianggap
segitiga dan simbol abjad Yunani yang terkenal dalam sains matematik, simbol
delta besar , yang mewakili berbagai-bagai kuantiti itu seperti beza terhingga,
perubahan kecil, Simbol
ini
juga diandaikan mewakili keratan rentas piramid.
Sebagai segitiga, rajah itu bukan sekadar simbol yang mewakili geometri sebagai komponen matematik tetapi sebagai simbol yang mewakili tabii ilmu ( termasuk sains matematik) mengikut perspektif Islam : hubungan mengufuk, iaitu hubungan manusia dengan manusia (satu bucu segi tiga) , hubungan inter-makhluk dan intra-makhluk (satu bucu lain daripada segi tiga tersebut. sebelah kiri atau kanan titik bucu tadi), hubungan manusia dengan makhluk bukan manusia (garis yang menghubungkan antara dua bucu tadi), dan ubungan setiap makhluk ini dengan Mahapencipta , Allah, (sisi-sisi segi tiga dari bucu - bucu tadi ke bucu ketiga). Lihat rajah 2 di bawah ini.
Rajah 2
Bucu - bucu segitiga ini juga mewakili tiga kumpulan bangsa yang besar di Malaysia, iaitu Bumiputera / Peribumi (Rumpun Melayu), Cina dan India dan interaksi antara mereka diwakili oleh sisi - sisi segi tiga itu (Rajah 3 di bawah)
Rajah 3
Simbol
dan
penyokong
bumbung atau tiang rumah atau penjulang simbol segitiga atau terendak itu
pula boleh mewakili abjad Arab
lam
dan
arca cerminnya. Simbol lam selalu dipakai oleh sarjana - sarjana
pada Zaman Tamadun Islam dahulu untuk mewakili persamaan. Penonjolan arca
cermin simbol ini bertujuan mengiktiraf nilai simetri dan estetika dalam
pengaryaan sains matematik sepanjang zaman. Kepentingan semetri dan nilai
estetika ini ditintakan lagi dengan menggunakan huruf yunani
mu
yang
muncul di "tebar layar" (penutup sisi bumbung itu) sebagai sisip angin.
Abjad mu berganda dipilih kerana abjad - abjad ini sesuai pula bagi
mewakili Matematik Malaysia, suatu impian persatuan ini. Simbol
pi
menjulang
mu
mu itu dapat mewakili Persatuan Matematik Malaysia. Di samping itu
, abjad mu itu sendiri memang banyak digunakan dalam sains matematik
bagi mewakili kuantiti yang penting, seperti sukatan
(menggantikan
m
dalam
measure, sungguhpun penulis sendiri menggunakan simbul
atau
s
bagi
menggantikan s dalam sukatan), mewakili min ( juga menggantikan
m
dalam
mean,
atau min), mewakili unit mikro-[mewakili
m
dalam
micro, atau
mikro-], pemetaan momentum (jelas juga sempena m dalam momentum) dan banyak
lagi.
Selain daripada itu, unsur grafik boleh
juga mewakili angka Hindu Purba, iaitu angka lima puluh dan cantuman simbol
ini lalu menghasilkan
sebagai
unsur simetri lagi. Simbol
ini
juga mewakili nombor dua Arab sekarang (al-Arqam al-hindiyah) yang
bergaya dan cantuman arca cerminnya juga menjadi
supaya
terjadi unsur simetri lagi.
Simbol itu
bukan sekadar simbol sempang, palang, garis lurus atau yang setopologi
dengan garis lurus, tetapi mewakili minus (kurang, susut, tolak, dan sebagainya
atau proses masing-masing: pengurangan, penolakan dan sebagainya). Jika
simbol ini ditulis di atas sesuatu simbol lain seperti z berpalang,
,
maka simbol itu boleh bermakna pelengkap z, bukan z, konjugat
z,
vektor z, atau lain-lain lagi, bergantung pada konteksnya. Simbol
ini
juga mewakili angka satu Hindu Brahmin dan China-Jepun, serta angka lima
bagi Tamadun Maya di Amerika Selatan.
Simbol Yunani pi
juga jelas daripada logo ini. Simbol ini memang terkenal di kalangan pelajar
di bangku sekolah lagi , cuma yang mungkin tidak diketahuinya ialah betapa
nombor ini bukannya nombor nisbah, sebagai hasil bahagi perimeter bulatan
dengan diameternya ( jelaslah pi
itu menggantikan adjab p dalam
perimeter itu ). Lagi sekali simbol pi
ini pun banyak digunakan
bagi mewakili kuantiti-kuantiti penting dalam sains matematik seperti unjuran
( daripada p dalam projection, walaupun penulis lebih gemar
menggunakan u, daripada unjuran), ketumpatan momentum (daripada
m
dalam
momentum ), hasil darab (daripada p
dalam product
), dan
banyak lagi. Yang kurang diketahui juga ialah betapa simbol ini mewakili
angka sembilan Cina-Jepun dan angka lapan puluh Yunani.
Segala pengisian sains matematik menerusi simbol-simbol pada logo itu
dilakukan di dalam atau di bawah bumbung bangunan yang tersebut di atas.
Ini bukan sahaja membayangkan warisan ilmu sains matematik kini daripada
Tamadun-Tamadun besar dahulu kala termasuk Tamadun Melayu,Yunani, China,
India dan Tamadun Islam tetapi perkembangan matematik selanjutnya diharapkan
akan berlaku dalam acuan Malaysia yang berteraskan Melayu-Islam sehingga
menghasilkan sains matematik Malaysia. Hal ini dipancarkan menerusi simbol
yang nampak seperti tengkorak yang dilihat dari sisi kiri. Simbol ini
mewakili otak kiri (yang dipercayai mewakili minda dan pemikiran sains
matematik ). Sekaligus simbol abjad Arab syin
itu
ditintakan sebagai mengingatkan budaya mewakili anu dalam penulisan matematik
zaman Tamadun Islam itu sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan Tamadun
Islam dalam sains matematik.
Angka 1970 (angka Muslim moden, al-Arqam al-Ghubariyah, yang
dikenali di Barat sebagai angka Arab atau angka Hindu - Arab) dirakamkan
juga dalam bahasa Melayu - Jawa purba (iaitu huruf kawi) : =1,
=9 =7 =0. Angka ini mewakili tahun tertubuhnya Persatuan Matematik Malaysia
di Universiti Malaya (lihat Warkah Berita Persatuan mulai 1995 untuk mengetahui
para Presiden dan Setiausaha Agong persatuan ini sejak penubuhannya.) Sekaligus
logo ini merakamkan Tamadun rumpun Melayu yang kaya dengan etnomatematikanya
dan etnosains amnya. Huruf itu juga merakamkan betapa eratnya tamadun Rumpun
Melayu dengan Tamadun India (hindu) dalam pembentukan sains matematik di
Nusantara ini. Sebenarnya kami ingin menintakan angka Melayu zaman Srivijaya
(yang menggunakan tiga jenis huruf mengikut zaman perkembangannya, iaitu
Rencong, Palwa, atau Arab - Kawi) dan sebelum kemasukan Islam dengan angka
al-Arqam
al-Hindiyah 1,
,
,
dan
seterusnya itu. tetapi oleh sebab kami belum memperolehinya pada waktu
itu, maka angka Melayu - Jawa purba (huruf Kawi) inilah yang diambil untuk
sementara.
Simbol bukan
sahaja melambangkan unsur simetri dan nilai estetika dalam sains matematik
lagi, tetapi mewakili fenonena alam yang dicerapi dan menjadi sumber ilham
ahli - ahli matematik membina idea, konsep dan sebagainya samada yang berbentuk
terang - benderang (berketentuan), berkebarangkalian (proses stokastik),
atau berkemungkinan (fenomena atau kuantiti kabur), ataupun yang kalut.
Pada gelombang, gegelombang, atau pola trend itu terdapat trend semacam
dua M yang mewakili Matematik Malaysia.
Demikianlah penjelasan kepada logo Persatuan Matematik Malaysia itu. Jika ada lagi tafsiran yang para pembaca tanggapi (positif atau negatif) sila hubungi kami. (Penyunting Warkah Berita atau Penyunting Menemui Matematik ini).